BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 18, 2011

Apa lebihnya kita banyak membaca??????jom baca










  1. membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan
  2. Membaca adalah satu senaman minda
  3. Jika anda rajin membaca anda akan mempunyai kelebihan untuk fokus
  4. Membaca akan meningkatkan memori anda
  5. Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin
  6. membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran anda
  7. membaca akan mengurangkan rasa bosan
  8. Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan.
  9. Rajin membaca akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda
  10. Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik.







Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU to SEMUA GURU MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS


















Guru jasa mu tetap dihargai hingga ke alam akhirat sana.
Semoga segala penat lelah & jerih perih mu dibalas dengan ganjaran yang besar dari Tuhan pencipta sekelian guru & murid....
kami mewakili pihak mantan & pustakawan maktabah al-hasyimiah
ingin merakamkan ucapan

SELAMAT HARI GURU

HAPPY TEACHER'S DAY

AIDIL MU'ALLIMIN


sempena Hari GURU 16mei 2011..........................

Sunday, May 15, 2011

JOM TENGOK !!!!!

Saturday, April 23, 2011

jom terokai lagi...search sampai dapat



taip laman web ni.....kat google...or tekan kat sini jea...


kemudian klik kat " click here to sign up"
then,you could find something new....."books"....
jom cari buku baru

selamat meneroka....dari kami khas untuk anda....

"bersama mewujudkan jiilul ilmi"





jom membaca.."both of us love reading"..
everywhere..and anytime..let's read!



"Laman Web PTS....jom terokai...







jom baca buku!tiru macam saya......
siapa setuju.....angkat buku macam saya....haha







Dsini ana kongsikan laman web PTS.
kepada sape2 yang berminat nak tahu pasal PTS
or Buku2 keluaran PTS,bolehlah membuka
portal rasmi di bawah ini..search google yea...






"bersama mewujudkan jiilul ilmi(generasi berilmu)"







jangan terkejut!

burung pun pandai membaca pada zaman modenisasi dan urbanisasi ni.....
semoga gambar2 ni dapat menghilangkan kebosanan anda..

selamat membaca.








Friday, April 15, 2011

Hadis kelebihan ILMU N ULAMA' "Menuntut ilmu beerti menuju jalan ke syurga"

maksud hadis:


Daripada Abu Darda' radhiyallahu 'anhu berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Barang siapa yang menjalani suatu jalan
ilmu bererti ia telah menjalani
suatu jalan daripada jalan-jalan syurga.sesungguhnya para
malaikat menghamparkan
sayapnya kerana redha bagi
orang yang menuntut ilmu.dan sesungguhnya
orang yang ada di seluruh lapisan
dan bumi memintakan
ampun bagi orang yang alim,
sehingga ikan yang ada di laut.
dan sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas
orang yang abid (ahli ibadat) sama seperti kelebihan
bulan purnama atas sekalian bintang-bintang.
dan sesungguhnya ulama' itu pewaris para nabi-nabi.
dan nabi-nabi itu sebenarnya tidak mewariskan
dinar(wang emas) dan dirham(wang perak).
tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ILMU.
maka barang siapa mengambil ilmu beerti ia
telah mengambil habuan yang paling sempurna.


p/s:jom...mari kita pakat cari ilmu wlau siapa pun kita.
..let all of us try to find out the knowledge..
..taalau bina nubahisul 'ilma...........

"perpustakaan sumber ilmu"
"bersama mewujudkan jiilul ilmi"

Thursday, March 31, 2011

kata-kata hukama'(cendikiawan) arab:


*alwiqoyah sa'ah khoiran min alfi 'ilaj*
#mencegah sesaat lebih baik dari seribu rawatan#
~oleh itu sebelum sesuatu perkara buruk menimpa kita,kita seyogianya mengelak/mencegah sebelum labih parah.
p/s:mencegah tu lebih baik dari merawat
*qolilan qorra khoiran min kasirin farra*
#sedikit yang dapat lebih baik dari banyak tetapi terbang(hilang)#
~walau sedikit ilmu yang kita belajar dari seorang guru itu lebih baik jika dapat diambil manfaat daripada banyak ilmu yang kita belajar tetapi
langsung tidak dapat kita manfaatkan.


sama2lah kita ambil pengajaran & membuat renungan.

Monday, March 7, 2011

Sempena musim peperiksaan yang sedang berlangsung,Maktabah Al-Hasyimiah menawarkan beberapa buku rujukan yang pasti dapat membantu para pelajar MMPM menempuhi,antaranya:

1.PMR PENDIDIKAN ISLAM
2.PMR GRAMMAR
3.PMR COMPREHENSION
4.KUNCI PEPERIKSAAN PMR B.I
5.KUNCI PEPERIKSAAN PMR SEJARAH
6.KUNCI PEPERIKSAAN PMR SAINS
7.PAKEJ LENGKAP PMR GEOGRAFI TINGKATAN 1,2 DAN 3
8.MANUAL LANJUTAN KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN PMR

9.VISUAL PELANGI PMR SEJARAH
10.BANTUAN STUDI LENGKAP PMR KBSM PRIMA B. INGGERIS
11.BANTUAN STUDI LENGKAP CERIA PMR GEOGRAFI

SPM EKONOMI ASAS

BUKU RUJUKAN SPM TERBITAN PELANGI

DAN BANYAK LAGI

CEPAT,DATANGLAH KE MAH BAGI MENDAPATKANNYA

Friday, February 11, 2011

Jalan Kemungkaran-Valentine Day


Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa.Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.

Namun begitu, dalam sedar atau tidak, kita boleh lihat bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam.

Melihat pada fenomena ini, sambutan Hari Kekasih semakin mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam khususnya golongan remaja. Lebih menyedihkan lagi, terdapat segelintir daripada mereka yang bertindak di luar batasan sehingga menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Berlakunya perbuatan-perbuatan tidak bermoral seperti zina, minum arak, menghidu gam, menghisap ganja dan dadah secara tidak langsung mencerminkan keperibadian yang bobrok dalam kalangan remaja dan memberi gambaran negatif terhadap golongan remaja, dari segi agama dan negara, keluarga dan generasi yang akan datang.

Tindakan Penyelesaian

Bagi membina kekuatan dalaman remaja Islam hari ini serta menghindarkan mereka daripada terus menerus terjebak dalam unsur kurang sihat seperti hari kekasih adalah dengan mengukuhkan keilmuan dan keimanan. Penjelasan berkenaan larangan menyambut hari kekasih perlulah diwar-warkan kepada seluruh umat Islam khususnya remaja agar mereka faham apa sebenarnya erti disebalik hari kekasih atau Hari Valentine.

Para emaja hendaklah didedahkan dengan ajaran-ajaran agama supaya pegangan iman mereka sentiasa teguh dan tidak mudah goyah dengan gangguan manusia dan syaitan.

Keinginan remaja untuk mencuba sesuatu yang baru sememangnya tidak boleh dielakkan. Dan tidak dinafikan juga bahawa remaja juga mudah memberontak. Mereka masih muda dan tidak tahu arah tujuan sebenar hidup di alam sementara ini. Apa yang dikejar hanyalah keseronokan. Dan penulis tidak terkejut jika terdapat antara mereka yang memberikan pelbagai alasan demi membenarkan mereka menyambut perayaan ini.

Antara alasan yang lazim didengari dari remaja sekarang ialah menyambut Hari Kekasih secara tidak berlebihan, menyambutnya dengan hanya menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas atau menghadiahkan sekuntum bunga sebagai tanda cinta. Tetapi, mengapa ia tidak dilakukan pada hari-hari biasa?

Selain itu, bukan besar atau kecil hadiah yang menjadi persoalan. Pokok pangkalnya adalah niat. Menurut sumber sejarah, Valentine Day ini telah menjadi acara keagamaan buat penganut Kristian. Apakah kita sebagai umat Islam ingin tergolong dalam golongan penganut kristian?

Di dalam surah Ali Imram ayat 31 telah menyebut "Katakanlah (Wahai Muhammad jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui."

Ayat di atas bermaksud setiap kasih dan sayang yang ditetapkan oleh Islam tidak seharusnya disalahgunakan bagi memenuhi kehendak peribadi sesuatu pihak. Ia perlulah digunakan dalam suasana yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan boleh diterima pakai oleh masyarakat umum.

Oleh sebab itu, pengetahuan merupakan perkara yang penting dalam hidup supaya kita tidak mudah ditipu dan dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang boleh membinasakan diri kita. Jika ceteknya pengetahuan, maka benteng keimanan seseorang Muslim itu mudah rapuh sekali gus akan hilanglah jati diri dalam kalangan remaja Muslim.

Peranan Pihak Terlibat

Pergaulan yang mesra dan lemah lembut sesama ahli keluarga merupakan faktor yang boleh menyemai semangat kekeluargaan. Lakukanlah aktiviti secara bersama, Insya-Allah anak-anak muda ini pasti memahami bahawa kasih dan sayang bukanlah terletak kepada motif pemberian sahaja, malah lebih kepada mengekalkan hubungan baik serta dapat sama-sama menuju ke jalan yang diredhai.

Selain itu, pihak media juga hendaklah memainkan peranan yang penting dalam membetulkan semula fahaman remaja tentang hari kekasih. Ini kerana, media merupakan satu medium penyebar infomasi yang paling berpengaruhi oleh segenap lapisan penduduk.

Oleh itu, kesemua pihak yang terlibat hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka agar tidak menyambut Valentine Day. Tambahan itu, isikanlah hati mereka dengan ilmu-ilmu akidah dan akhlak supaya mereka dapat menjaga benteng keimanan dari menjatuhkan maruah mereka sebagai remaja Muslim.

- Artikel iluvislam.com

Suasana di Pesta Buku anjuran MAH bersama Kedai Buku Banggol

membaca tangga kejayaan

pilih jangan tak pilih

no free reading!!

banyaknye pilihan

Tuesday, February 8, 2011

BUKU SIRAH NABAWIYYAH YANG ADA DI MAKTABAH AL-HASYIMIAH






Sempena bulan rabi'ul awwal ini(bulan maulidur rasul) & sempena kempen BULAN MEMBACA,marilah sama2 kita berusaha gigih 'mengkhatamkan' buku sirah Rasullah s.a.w.

dsini kami mencadangkan beberapa buah buku sirah yang terdapat di maktabah kami.









1.JUDUL:Riwayat Rasulullah S.A.W,sejarah & perjalanan hidup nabi MUHAMMAD s.a.w
edisi lengkap.
penulis:Maulana SYED ABU HASSAN ALI AN-NADWI.
terbitan:warisan ILMU PUBLICATIONS.

2.Judul:ENSIKLOPEDIA SIRAH,SUNAH,DAKWAH & ISLAM,
JILID 1,
Penulis:AFZALUR RAHMAN.
penterjemah:Zaharah Salleh.

3.Judul:ENSIKLOPEDIA SIRAH,SUNAH,DAKWAH & ISLAM,
JILID 2,
Penulis:AFZALUR RAHMAN.
penterjemah:Zaharah Salleh.




4.Judul:Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W.
judul asal:THE LIFE OF MUHAMMAD S.A.W.
penterjemah:Siti Sujinah Sarnap.penulis:Tahia Al-Ismail
penerbit:JAHA BERSA

5.HAEKAL,SEJARAH HIDUP MUHAMMAD SA.W.
penulis:Muhammad Husain Haekal
penterjemah:ALI AUDAH

6.FIQH SIRAH 1
penulis:SA'ID RAMADAN AL-BUTI.
penerbt:DEWAN PUSTAKA FAJAR
terjemahan:UST. MOHD DARUS SANAWI

7.Terjemahan hadis-hadis mengenai
SIFAT-SIFAT PERIBADI & BUDI PEKERTI RASULULLAH S.A.W
Judul asal:"syamail al-muhammadiah"
karangan:IMAM AL-MUHADDIS IMAM AL-TIRMIZI,
SIRI 1,
oleh:USTAZ MUHAMMAD SUBKI ABDUL RAHMAN


selamat membaca!!!!sama2lah kta menyahut program "BULAN MEMBACA 2011"
"AL-QIRAAH MIFTAHUL ILMI"

"BERSAMA MEWUJUDKAN JIILUL ILMI"


p/s:nantikan senarai buku2 untuk dibaca
pada post yang akan datang.bergantung pada isu semasa.kami berusaha untuk mempromosikan buku2 di maktabah kami.



Friday, February 4, 2011

"BULAN MEMBACA 2011"

TARIKH : 6-28 FEBRUARI 2011

ANJURAN : Maktabah Al-Hasyimiah

Terbuka Kepada Semua Pelajar MMPM

AKTIVITI :

* Mencipta Poster

* Mengarang Cerpen/Fakta

* Sodoku (bersiri)

* Teka Silang Kata

* Cari Benda Tersembunyi

* Cari Perkataan Tersembunyi

* Pesta Buku

"AL-QIRAAH MIFTAHUL ILMI"

"BERSAMA MEWUJUDKAN JIILUL ILMI"

"Barangsiapa yang memisahka dirinya daripada jama'ah(organisasi) sekadar sejengkal,sesungguhnya ia telah meninggalkan Islam dari lehernya,sekalipun ia sembahyang,berpuasa, dan menyenangkan dirinya seorang Islam."

(Riwayat Al-Tarmizi,Al-Nasa'i dan IbnuHibban.Dan berkata Al-Hakim :Sahih menurut Al-Bukhari)

Tanzim Maktabah Al-Hasyimiah 2011

CARTA ORGANISASI MAKTABAH AL-HASYIMIAH 2011

PENAUNG : Ustaz Azhar B. Mat Yusof

TIMB. PENAUNG : Ustaz Yusof B. Radhi

KETUA PENYELARAS PSS : Puan Asiah Bt. Mahmood

GURU PENASIHAT : Puan Hasmal Bt. Md Zain (Penyelaras)

Puan Maimun Bt. Abdullah

Encik Osman B. Ahmad

Encik Yusof B. Dollah

Encik Zakaria B. Che Mamat

Encik Zainuddin B. Junoh

*************************************

Pengerusi : Muhammad Afifi b. Muhamad

Timb. Pengerusi 1 : Mohd Amiruddin b. Ahmad

Timb. Pengerusi 2 : Nurul Fadhilah bt. Mohd Jusoh

S/U 1 : Muhammad Shahril b. Abdullah

S/U 2 : Najihah bt. Mohd Yajid

Bendahari 1 : Muhammad Mukmin Al-Hafiz b. Zahari

Bendahari 2 : Nor Aetikah bt. Semail

* Biro Akhbar & Majalah :

- Mohd Nur Iqmaal b. Mohd Yusoff

- Noor Shahida bt. Zulkifli

* Biro Kebersihan & Keceriaan :

- Anas Iylia b. Osman

- Khadijah Nabihah bt. Che Halipa

* Biro Pinjaman & Pemulangan :

- Muhd Fathi b. Muhd Yusof

- Musfirah bt. Mohamad Sakeri

* Biro Ekonomi & Kewangan :

- Ali Jalaludin b. Jawahir

- Anis Izzatiey bt. Mohamad

* Biro Pengelasan & Katalog :

- Muhd Azammudin b. Saliman

- Aniyah bt. Azmi