- membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan
- Membaca adalah satu senaman minda
- Jika anda rajin membaca anda akan mempunyai kelebihan untuk fokus
- Membaca akan meningkatkan memori anda
- Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin
- membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran anda
- membaca akan mengurangkan rasa bosan
- Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan.
- Rajin membaca akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda
- Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik.
Saturday, June 18, 2011
Apa lebihnya kita banyak membaca??????jom baca
Posted by al-hasyimiah at 9:02 AM 0 comments
Monday, May 16, 2011
SELAMAT HARI GURU to SEMUA GURU MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS
Posted by al-hasyimiah at 5:21 PM 0 comments
Sunday, May 15, 2011
Saturday, April 23, 2011
jom terokai lagi...search sampai dapat
Posted by al-hasyimiah at 9:45 AM 0 comments
"Laman Web PTS....jom terokai...
Posted by al-hasyimiah at 9:15 AM 0 comments
Friday, April 15, 2011
Hadis kelebihan ILMU N ULAMA' "Menuntut ilmu beerti menuju jalan ke syurga"
maksud hadis:
Posted by al-hasyimiah at 3:37 AM 0 comments
Thursday, March 31, 2011
kata-kata hukama'(cendikiawan) arab:
Posted by al-hasyimiah at 1:05 AM 0 comments
Monday, March 7, 2011
Sempena musim peperiksaan yang sedang berlangsung,Maktabah Al-Hasyimiah menawarkan beberapa buku rujukan yang pasti dapat membantu para pelajar MMPM menempuhi,antaranya:
1.PMR PENDIDIKAN ISLAM
2.PMR GRAMMAR
3.PMR COMPREHENSION
4.KUNCI PEPERIKSAAN PMR B.I
5.KUNCI PEPERIKSAAN PMR SEJARAH
6.KUNCI PEPERIKSAAN PMR SAINS
7.PAKEJ LENGKAP PMR GEOGRAFI TINGKATAN 1,2 DAN 3
8.MANUAL LANJUTAN KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN PMR
9.VISUAL PELANGI PMR SEJARAH
10.BANTUAN STUDI LENGKAP PMR KBSM PRIMA B. INGGERIS
11.BANTUAN STUDI LENGKAP CERIA PMR GEOGRAFI
SPM EKONOMI ASAS
BUKU RUJUKAN SPM TERBITAN PELANGI
DAN BANYAK LAGI
CEPAT,DATANGLAH KE MAH BAGI MENDAPATKANNYA
Posted by al-hasyimiah at 4:51 AM 0 comments
Friday, February 11, 2011
Jalan Kemungkaran-Valentine Day
Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa.Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.
Namun begitu, dalam sedar atau tidak, kita boleh lihat bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam.
Melihat pada fenomena ini, sambutan Hari Kekasih semakin mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam khususnya golongan remaja. Lebih menyedihkan lagi, terdapat segelintir daripada mereka yang bertindak di luar batasan sehingga menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Berlakunya perbuatan-perbuatan tidak bermoral seperti zina, minum arak, menghidu gam, menghisap ganja dan dadah secara tidak langsung mencerminkan keperibadian yang bobrok dalam kalangan remaja dan memberi gambaran negatif terhadap golongan remaja, dari segi agama dan negara, keluarga dan generasi yang akan datang.
Tindakan Penyelesaian
Bagi membina kekuatan dalaman remaja Islam hari ini serta menghindarkan mereka daripada terus menerus terjebak dalam unsur kurang sihat seperti hari kekasih adalah dengan mengukuhkan keilmuan dan keimanan. Penjelasan berkenaan larangan menyambut hari kekasih perlulah diwar-warkan kepada seluruh umat Islam khususnya remaja agar mereka faham apa sebenarnya erti disebalik hari kekasih atau Hari Valentine.
Para emaja hendaklah didedahkan dengan ajaran-ajaran agama supaya pegangan iman mereka sentiasa teguh dan tidak mudah goyah dengan gangguan manusia dan syaitan.
Keinginan remaja untuk mencuba sesuatu yang baru sememangnya tidak boleh dielakkan. Dan tidak dinafikan juga bahawa remaja juga mudah memberontak. Mereka masih muda dan tidak tahu arah tujuan sebenar hidup di alam sementara ini. Apa yang dikejar hanyalah keseronokan. Dan penulis tidak terkejut jika terdapat antara mereka yang memberikan pelbagai alasan demi membenarkan mereka menyambut perayaan ini.
Antara alasan yang lazim didengari dari remaja sekarang ialah menyambut Hari Kekasih secara tidak berlebihan, menyambutnya dengan hanya menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas atau menghadiahkan sekuntum bunga sebagai tanda cinta. Tetapi, mengapa ia tidak dilakukan pada hari-hari biasa?
Selain itu, bukan besar atau kecil hadiah yang menjadi persoalan. Pokok pangkalnya adalah niat. Menurut sumber sejarah, Valentine Day ini telah menjadi acara keagamaan buat penganut Kristian. Apakah kita sebagai umat Islam ingin tergolong dalam golongan penganut kristian?
Di dalam surah Ali Imram ayat 31 telah menyebut "Katakanlah (Wahai Muhammad jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui."
Ayat di atas bermaksud setiap kasih dan sayang yang ditetapkan oleh Islam tidak seharusnya disalahgunakan bagi memenuhi kehendak peribadi sesuatu pihak. Ia perlulah digunakan dalam suasana yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan boleh diterima pakai oleh masyarakat umum.
Oleh sebab itu, pengetahuan merupakan perkara yang penting dalam hidup supaya kita tidak mudah ditipu dan dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang boleh membinasakan diri kita. Jika ceteknya pengetahuan, maka benteng keimanan seseorang Muslim itu mudah rapuh sekali gus akan hilanglah jati diri dalam kalangan remaja Muslim.
Peranan Pihak Terlibat
Pergaulan yang mesra dan lemah lembut sesama ahli keluarga merupakan faktor yang boleh menyemai semangat kekeluargaan. Lakukanlah aktiviti secara bersama, Insya-Allah anak-anak muda ini pasti memahami bahawa kasih dan sayang bukanlah terletak kepada motif pemberian sahaja, malah lebih kepada mengekalkan hubungan baik serta dapat sama-sama menuju ke jalan yang diredhai.
Selain itu, pihak media juga hendaklah memainkan peranan yang penting dalam membetulkan semula fahaman remaja tentang hari kekasih. Ini kerana, media merupakan satu medium penyebar infomasi yang paling berpengaruhi oleh segenap lapisan penduduk.
Oleh itu, kesemua pihak yang terlibat hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka agar tidak menyambut Valentine Day. Tambahan itu, isikanlah hati mereka dengan ilmu-ilmu akidah dan akhlak supaya mereka dapat menjaga benteng keimanan dari menjatuhkan maruah mereka sebagai remaja Muslim.
Posted by al-hasyimiah at 8:04 PM 0 comments
Suasana di Pesta Buku anjuran MAH bersama Kedai Buku Banggol
Posted by al-hasyimiah at 7:32 PM 0 comments
Tuesday, February 8, 2011
BUKU SIRAH NABAWIYYAH YANG ADA DI MAKTABAH AL-HASYIMIAH
Sempena bulan rabi'ul awwal ini(bulan maulidur rasul) & sempena kempen BULAN MEMBACA,marilah sama2 kita berusaha gigih 'mengkhatamkan' buku sirah Rasullah s.a.w.
Posted by al-hasyimiah at 6:48 AM 1 comments
Friday, February 4, 2011
"BULAN MEMBACA 2011"
TARIKH : 6-28 FEBRUARI 2011
ANJURAN : Maktabah Al-Hasyimiah
Terbuka Kepada Semua Pelajar MMPM
Mencipta Poster
Mengarang Cerpen/Fakta
Sodoku (bersiri)
Teka Silang Kata
Cari Benda Tersembunyi
Cari Perkataan Tersembunyi
Pesta Buku
"AL-QIRAAH MIFTAHUL ILMI"
"BERSAMA MEWUJUDKAN JIILUL ILMI"
Posted by al-hasyimiah at 10:24 AM 0 comments
"Barangsiapa yang memisahka dirinya daripada jama'ah(organisasi) sekadar sejengkal,sesungguhnya ia telah meninggalkan Islam dari lehernya,sekalipun ia sembahyang,berpuasa, dan menyenangkan dirinya seorang Islam."
Posted by al-hasyimiah at 9:58 AM 0 comments
Tanzim Maktabah Al-Hasyimiah 2011
CARTA ORGANISASI MAKTABAH AL-HASYIMIAH 2011
PENAUNG : Ustaz Azhar B. Mat Yusof
TIMB. PENAUNG : Ustaz Yusof B. Radhi
KETUA PENYELARAS PSS : Puan Asiah Bt. Mahmood
GURU PENASIHAT : Puan Hasmal Bt. Md Zain (Penyelaras)
Puan Maimun Bt. Abdullah
Encik Osman B. Ahmad
Encik Yusof B. Dollah
Encik Zakaria B. Che Mamat
Encik Zainuddin B. Junoh
*************************************
Pengerusi : Muhammad Afifi b. Muhamad
Timb. Pengerusi 1 : Mohd Amiruddin b. Ahmad
Timb. Pengerusi 2 : Nurul Fadhilah bt. Mohd Jusoh
S/U 1 : Muhammad Shahril b. Abdullah
S/U 2 : Najihah bt. Mohd Yajid
Bendahari 1 : Muhammad Mukmin Al-Hafiz b. Zahari
Bendahari 2 : Nor Aetikah bt. Semail
Biro Akhbar & Majalah : - Mohd Nur Iqmaal b. Mohd Yusoff - Noor Shahida bt. Zulkifli Biro Kebersihan & Keceriaan : - Anas Iylia b. Osman - Khadijah Nabihah bt. Che Halipa Biro Pinjaman & Pemulangan : - Muhd Fathi b. Muhd Yusof - Musfirah bt. Mohamad Sakeri Biro Ekonomi & Kewangan : - Ali Jalaludin b. Jawahir - Anis Izzatiey bt. Mohamad Biro Pengelasan & Katalog : - Muhd Azammudin b. Saliman - Aniyah bt. Azmi
Posted by al-hasyimiah at 9:53 AM 0 comments